Monday 11 May 2015

Terima Kasih Sahabat






Terima kasih sahabat.

Sahabat,
Terima kasih kerana sentiasa menyokongku
disaat daku lemah.

Sahabat,
terima kasih bersamaku selalu
sepanjang perjalanan ini.

Sahabat, 
terima kasih menemaniku
setiap tangisanku.

Sahabat,
terima kasih menasihatiku 
disaat daku keliru.

Sahabat,
Kaulah tempat
selalu berkongsi cerita
berkongsi pendapat.

Sahabat,
Kaulah insan
yang cuba membuatku gembira
membuatku ketawa 
dikala daku kecewa.

Sahabat,
tegurlah daku disaat aku khilaf
nasihatilah daku disaat daku berada diatas
aku takut, jika daku tidak diingati
aku menjadi sombong
lupa segala-galanya.

Sahabat,
maaf jika daku 
tak menjadi sahabatmu yang diharapkan
maafkan daku jika aku ada terguris perasaanmu
maafkan daku jika aku terkasar kata
tanpa kusedari ku telah menyakitimu
tapi percayalah tiada niat dalam hatiku
untuk menyakitimu.

Sahabat,
maafkan segala kesilapan dan kesalahanku padamu 
aku juga berterima kasih padamu
kerna sudi menjadi sahabatku.

Sahabat, 
aku sayang padamu
moga ukhuwah kita 
berkekalan di dunia dan di akhirat
itu yang ku harapkan.


Tulisan hati dari sahabatmu:  Dylla Fadilla

No comments:

Post a Comment